Pusat Racun Negara
June 25th, 2007 by maryamomarWalapun hanya sempat membuat paktikal selama 2 minggu di Pusat Racun Negara,namun pengalaman dan ilmu yang diperolehi memang sangat berharga.Mula-mula ingatkan dalam pusat racun ni,tempatnya ’skema’ sikit,tapi rupa-rupanya pusat racun ni sangat ‘happening’ .Semua pekerja dalam ni sangat peramah dan banyak ber’komunikasi’.Terutama staf-staf projek yang lawak macam ‘badut’.Ahli-ahli farmasi dalam ni pun tak kurang hebatnya.Walaupun sangat sibuk dan dilingkari kerja2 yang memeningkan setiap hari,tapi bila tiba pukul 1 je…semua orang akan berada dalam nurseri kat dalam PRN untuk makan,solat dan bermain dgn anak2 staf yang dijaga di situ.PRN ni memang special sket dan mempunyai suasana yang selesa untuk bekerja terutama bagi staf2 yang bergelar ibu kerana terdapat nurseri yang disediakan dalam PRN tu sendiri.
Hari pertama kat pusat racun,saya telah diperkenalkan dengan semua ahli farmasi yang bertugas di pusat ini.Saya difahamkan bahawa ahli farmasi di pusat racun banyak terlibat di bahagian Drug & Poison Information ,Education & Prevention Unit dan Research & Documentation Unit.Hampir kesemuanya merupakan super super senior saya yang pernah belajar di USM.Supervisor yang ditugaskan untuk membantu saya sepanjang tempoh praktikal ialah Pn Adilah.Seorang ahli farmasi yang sangat lembut,dan keibuan orangnya…
Saya telah diajar cara-cara untuk menggunakan MICROMEDEX serta beberapa program lain untuk mencari maklumat berkenaan dengan kes2 keracunan dan rawatan.Beberapa tugasan seperti menjawab case studies yang berkaitan dengan keracunan herbicide,rodenticide,household product dan drug abuse telah diberikan kepada saya untuk diselesaikan.Saya juga telah berkesempatan menjawab 2 poison call dari doktor untuk menyelesaikan kes yang berkaitan dengan keracunan herbisid dan juga kes gigitan ular tedung.
Saya juga telah dibawa melawat makmal toksikologi PRN dan diberi taklimat tentang fungsi makmal toksikologi olah pegawai sains di sana.Pada hari tersebut,saya bertuah kerana berkesempatan untuk melihat cara2 pegawai2 di sana melakukan ujian saringan untuk menentukan kandungan kotinin dalam rambut.Walaupun tidak sempat mengikuti semua proses pengekstrakan dari awal,namun penerangan lengkap telah cukup untuk difahami.
Hari yang paling bermakna sekali ialah saya telah di bawa oleh ahli farmasi di sana untuk memerhati beliau memberikan kaunseling kepada perokok di quit clinic yang beroperasi pada setiap hari khamis di pusat kesihatan USM.Saya telah diajar cara2 untuk memberikan kaunseling kepada perokok dan penerangan tentang penggunaan alat dan ubatan serta cara2 mengenalpasti samaada seseorang itu dikategorikan sebagai heavy smoker,light smoker atau sebagainya.Berbagai kerenah perokok yang boleh diperhatikan dan ada juga perokok yang mengelat dan liat untuk berhenti walaupun ubatan secara percuma diberikan kerajaan.Tak kurang juga ada pesakit yang sengaja dtg ’seronok-seronok’ untuk bekalan ubat tetapi tetap merokok tanpa sedikit pun usaha untuk berhenti.
Pada minggu kedua, saya telah mengikut beberpa orang staf lain untuk membuat pameran Kesihatan di SMK Seberang Jaya,Pulau pinang.Walaupun hari tersebut sangat meletihkan memandangkan diri pun tak beberapa sihat,namun semuanya berjalan dengan lancar..
Kalau ada kesempatan nanti,macam nak apply je keja kat PRN ni.Best!Terima kasih semua..:)